The Diapers Shop

peluang perniagaan yang pasti menguntungkan!

Panduan Saiz Lampin Pakai Buang

Size lampin bergantung kepada berat kanak-kanak :

Saiz S = untuk kanak-kanak seberat 3kg - 6kg
Saiz M = untuk kanak-kanak seberat 6kg - 9kg
Saiz L = untuk kanak-kanak seberat 9kg - 12kg
Saiz XL = untuk kanak-kanak seberat 12kg ke atas

(* saiz yang dimaksudkan merujuk kepada standard saiz kanak-kanak Malaysia sahaja - bukan di peringkat antarabangsa)

Penentuan size lampin tidak bergantung pada umur kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat 9kg, dia perlu dipakaikan dengan saiz L. Jika kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat hanya 7kg, saiz diaper yang sesuai untuknya adalah saiz M. Timbanglah berat anak anda dan dapatkan saiz diapers yang bersesuaian demi keselesaannya.

Bagi kanak-kanak dengan berat melebihi 15kg, saiz lampin yang bersesuaian adalah XXL. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak Malaysia (dengan berat 15kg ke atas) telah boleh dilatih untuk ke bilik air dan ia amat digalakkan memandangkan pemakaian lampin yang terlalu lama adalah tidak efektif untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.

1 comments:

Zulfikhri May 23, 2011 at 2:27 AM  

Jenama diapers dari negara mana yer?

Post a Comment

Search This Blog

RENUNGAN

Perniagaan merangkumi 9/10 punca rezeki. Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu berniaga kerana sesungguhnya sembilan bahagian dari rezeki berada di dalam perniagaan." (Riwayat Ibrahim al-arabi dari Na'im ibn Abdurrahman)


Kenapa Perniagaan?

Ada bermacam-macam punca rezeki di atas muka bumi hari ini, namun kenapa perniagaan yang kita pilih?


Pertama: Perniagaan adalah sumber rezeki yang diredhai Allah. "Hai orang- orang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisa': 29)


Kedua: Perniagaan adalah pekerjaaan terbaik selepas pembuatan/pengeluaran. Nabi SAW pernah ditanya: "Apakah pekerjaan yang paling baik di sisi Allah? Baginda menjawab: "Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap jual-beli/perniagaan yang mabrur (yang diredhai Allah)." (Riwayat Imam Ahmad dan at-Thabrani daripada Abu Burdah r.a)






widgeo.net

About Me

My photo
Kampung Melayu JB, Johor Darul Ta'zim, Malaysia